fbpx

Enggan Rujuk, Ellie Suriaty Tak Cemburu Azri Iskandar Nak Kahwin

Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera meskipun baru saja bercerai dengan Ellie Suriaty.

Memetik Astro Gempak, meskipun sudah 19 tahun hidup bersama, Ellie berkata keputusan untuk merujuk tiada dalam prinsip hidupnya dan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.

BACA: Ellie Suriaty Cabar Dr Azra Munculkan Diri Jika Benar Wujud

“Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja,” katanya.

Kata Ellie lagi, dia berharap Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan.

“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin semula, Ellie berkata dia tidak cemburu. Dalam pada itu, Ellie turut berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.

“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.

“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.

“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.

Terdahulu, Azri mengejutkan ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai.