fbpx

Kamera Tersembunyi Dan Skrin Penuh Oppo Find X Buat Pesaing Takut

Baru-baru ini Oppo telah melancarkan telefon pintar terbaru iaitu Oppo Find X, yang kini hadir dengan keseluruhan skrin tanpa sebarang button.

Kehadiran telefon pintar Oppo Find X ini dinanti-nantikan oleh peminat gadjet dan semestinya buat peminat kaki selfie yang suka bergambar untuk dijadikan kenangan.

Di sini kami kongsikan beberapa kelebihan telefon pintar Oppo Find X yang pastinya buat anda ternganga dengan kehebatan yang dimiliki oleh telefon kegilaan ramai ini.

1. Rekaan Unik Dan Elegan

Kehadiran rekaan telefon pintar Oppo Find X yang sedikit melengkung di bahagian sisi ini sesuai untuk anda yang suka menonton movie secara langsung.

Bukan itu sahaja tau, Oppo Find X juga memiliki skrin penuh di bahagian hadapan tanpa sebarang notch.

Telefon pintar ini juga memperolehi skrin visual yang hampir 93.8% di samping paparan OLED yang berukuran 6.42 inch.

Hadir dalam dua warna yang berbeza Bordeaux Red dan Glacier Blue ini melengkapkan lagi telefon pintar yang super awsome ini.

2. Kamera Tersembunyi

Kamera merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan buat penggemar gadjet. Yalah bila kamera dah cantik barulah ada mood untuk membeli.

Menariknya, Oppo Find X ini memiliki dwi kamera belakang dan kamera hadapan yang tersorok di bahagian dalam telefon untuk memberikan paparan penuh skrin sebanyak 93.8%.

Kali ini dengan Oppo Find X anda tidak perlu risau jika gambar tidak menarik. Kamera hadapan sahaja pun 25 MP ditambah pula dengan dwi kamera belakang 16MP+20MP.

Bahagian atas telefon akan ditolak keluar secara automatik apabila anda unlock atau hendak mengambil gambar dan ia akan tertutup sendiri jika tidak digunakan.

Kamera ini akan tertutup sendiri secara automatik jika terjatuh. Jadi kepada anda yang selalu cuai tu ini masa terbaik untuk memiliki telefon pintar.

3. Teknologi Canggih 3D Structured Light

Find X juga dilengkapi dengan 3D Smart Selfie Capture yang membolehkan wajah anda tampil dalam bentuk 3D, dimana ia akan kelihatan lebih natural dan real.

Buat penggemar selfie, anda tidak perlu peningkan kepala lagi untuk memikirkan telefon apa yang harus anda beli demi memiliki gambar yang super power.

Dengan Oppo Find X sahaja sudah boleh membuatkan anda kelihatan bak model majalah.

Bukan itu sahaja tau, pengimbas wajah 3D yang memiliki teknologi struktur cahaya bagi mengesan dengan tepat wajah anda, membuatkan gambar anda super duper cantik!

Beberapa efek cahaya seperti feature light mampu mengesan bentuk wajah dan bi-color light yang memberi simulasi lampu klasik neo berwarna biru dan merah pada wajah membuatkan gambar anda lagi menarik.

Kehadiran rim light pula mampu mencerahkan warna kulit dan membuat bentuk wajah anda menjadi lebih jelas.

Tidak hanya memiliki 3D Smart Selfie Capture, Oppo Find X juga memiliki O-Face yang dihadiri dengan fungsi baru, seperti 3D Omoji.

Menariknya mengenai 3D Omoji ini, anda boleh mencipta sendiri Omoji anda mengikut kesukaan dan mimik muka anda melalui kartun avatar, video mahupun GIF.

Menarikkan apabila mempunyai Omoji ciptaan sendiri? Bolehlah lepas ini anda berbual dengan rakan hanya dengan menggunakan Omoji ciptaan sendiri!

4. Edisi Khas Oppo Find X

Kali ini pasti buat anda tak senang duduk dengan keluaran edisi khas Oppo Find X bersama Automobili Lamborghini yang tampal dengan rekaan yang cukup menarik dan mewah dengan elemen kelajuan dalam bentuk rekaannya.

Bukan itu sahaja tau, dengan edisi khas Oppo Find X ini ia mempunyai carbon fiber texture yang berkualiti tinggi di mana ia sama seperti yang digunakan dalam pembuatan kereta keluaran Lamborghini.

Menarik lagi, telefon pintar ini juga tampil dengan SuperVOOC Flash Charge (pengecasan pantas) yang hanya mengambil masa 35 minit sahaja.

Wah nampaknya, siapa yang memiliki telefon pintar terbaru keluaran Oppo ini pastinya kelihatan lebih bergaya dan menawan apabila sentisa ditemani telefon pintar yang serba canggih ini.

Menarik betul kehebatan telefon pintar Oppo yang terbaru ini. Bukan sahaja sesuai buat pengemar gadjet dan kaki selfie ia juga sesuai buat anda yang suka travel kerana beterinya yang tahan lama akan melengkapi lagi jadual travel anda.

Senang cerita dengan kehebatan yang dimiliki oleh Find X ini juga membuatkan anda setanding juru foto.

Jadi kepada anda yang sedang fikir telefon apa untuk dimiliki inilah masanya untuk anda berubah kepada telefon yang lebih canggih dan elegan.

Bukan itu sahaja, untuk anda yang ingin membuat pesanan terlebih dahulu pun boleh tau siap dapat hadiah sebuah Olike Neo berharga RM376 lagi ataupun anda boleh terus membeli di sini.