Kamal Adli, Uqasha Senrose Reda Majlis Nikah Kena Tangguh
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pelakon Kamal Adli mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinannya dengan Uqasha Senrose.
Mengakui persiapan majlis perkahwinan mereka sudah hampir selesai, Kamal berkata dia dan Uqasha reda dengan keputusan tersebut.
BACA: Uqasha Senrose, Kamal Adli Bakal Adakan Tiga Majlis Resepsi
“Ikut keadaan sekarang memang kena tangguh dahulu. Persiapan dan bayaran untuk segala persiapan majlis memang sudah selesai.
“Namun daripada teruskan dalam keadaan ini, baik kami berdua tangguh saja. Saya dan Uqasha juga reda,” katanya.
Belum lagi mempunyai perancangan mengenai tarikh baru, Kamal berkata semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan PKP akan berakhir awal bulan depan.
“Tidak tahu berapa lama kami akan tangguh majlis ini. Ikutkan PKP akan berakhir 6 Jun. Mungkin ada pengumuman berbeza. Saya juga tidak tahu,” katanya.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha baru sahaja mengikat tali pertunangan pada April lalu dan mendedahkan melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi.
- SUMBER
- Utusan Online
Kalo ko serius, aku sarankan ko nikah je lah dulu kamal. Ko bkn semakin muda. Uqasha tu pun bkn muda sgt lg. Ko nak tunggu habis wabak covid baru nikah ?
Cer ko tgk wabak2 ni berapa tahun makan masa? Ko nak tunggu sampai abang jamil apa?
Sebb nk kawin grand and boleh meriak melawa, xnak settlekan sunnah yg besar ni? Setan berjaya membuatkan awak2 tangguh bina masjid.
lopakdan pu berlatarkan jabal rahmah,
kamal dan kasa berlatar kan kabaan atau hutan
tak perlu kawin ikut mcm keluarga lopak lelaki di rumah perempuan tidak berrenggang lepas tu sweet2 konon berusrah mcm pu dan ungku itu gesel2 raba2 oklah itu depan keluarga spoting
reda lain min…redha tu…hahaha
nak kwin scara besar2an lh tu.. kekwat!!!