Kamal Adli, Uqasha Senrose Pergi Kursus Kahwin?
Keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti. Bagaimanapun, kedua-duanya mengatakan mereka hanya kawan baik sahaja.
Bagaimanapun, baru-baru ini pasangan pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.
BACA: Luah Rasa Rindu, Kamal Adli & Uqasha Senrose Hangat Bercinta?
Dalam video berkenaan Michael mendakwa dia ada mendengar kedua pelakon itu mengikuti kursus perkahwinan sama ada di Kuantan atau Perlis dan meminta mereka mengakuinya.
“Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar,” katanya dalam video itu.
Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa tidak memberikan sebarang reaksi. Menurut Michael, dia jarang mahu membuat gimik seperti itu di media sosial.
“Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Kamal Adli menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan video yang dimuat naik Michael itu hanya sekadar gurauan semata-mata.
“Jangan percaya. Dia hanya bergurau saja,” katanya.
Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu. Kedua mereka sering memuat naik gambar bersama, malah Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga.
- SUMBER
- Harian Metro
Haah.. Betul la tu.. Orang lain tak pernah pegi kursus kahwin..
Kursus tak semestinya nk kawen. Itu hnya dokumn persediaan nk kawen. Lgipun dlm sijil kursus bkn ada nma pasangan. Hnya nma kita seorg je. Huhuhuhu…
Lgi sijil ni laku utk menikah kli ke 2 ke..ke 3 ke..ke 4..ke..ke 5..ke..mcm seseorg tu..kli.ke 6 ke..ke 7.ke..sampai abg jmil mmpos.
Betul. Dan bocor cerita ni untuk naikkan rating
PEREMPUAN TANPA DOSA yg katanya kaw2 lari drp drama klise melayu.
Jom kita tengok uolss!
boring.. si kamal ni dh byk gf mcm tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..je x ke mne.. si mike tu sje nk naikkn rating tp org dh tau la..kamal n uqasha tu mcm mne…hahahh