fbpx

Nikah Dalam Masa Terdekat, Uqasha Senrose Buat Bridal Shower

Pasti ramai peminat tidak sabar menantikan majlis perkahwinan pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan tunangnya, Kamal Adli.

Difahamkan, Uqasha dan Kamal sedang menghitung hari untuk bergelar raja sehari, malah tarikh perkahwinan juga nampaknya semakin hampir apabila masing -masing sibuk melakukan persiapan.

BACA: Uqasha Senrose Risau Gemuk, Kuat Makan Jajan

Jika sebelum ini Kamal dikatakan sedang fitting baju nikahnya, terbaru, Uqasha menganjurkan majlis bridal shower di sebuah restoran bersama adik-beradik dan sepupunya semalam.

Pada majlis tersebut, Uqasha turut menghadiahkan semua tetamu yang hadir dengan rantai loket yang diletakkan gambarnya.

“Rantai ini untuk my bridesmaids (pengiring pengantin perempuan),” kata Uqasha.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Kamal turut memuat naik gambar Uqasha di majlis bridal shower tersebut serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Lebih menguatkan lagi desas-desus pasangan tersebut bakal berkahwin dalam waktu yang terdekat, memetik laporan Kosmo!, Kamal mengakui sedang mengukur baju di beberapa butik jenama popular.

Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.