fbpx

Kamal Adli Tak Nak Sakitkan Diri, Lebih Selesa Single

Selepas beberapa kali berdepan episod putus cinta, Kamal Adli memberitahu dia kini tidak terlalu memikirkan soal jodoh dan lebih selesa hidup solo. Katanya lagi, dia mahu lebih fokus dalam kerjaya lakonan dan kini mempunyai lebih banyak masa untuk dirinya sendiri.

BACA: Kamal Adli Nasihat Emma Maembong Untuk Tabah

“Secara jujurnya saya sedang belajar untuk hidup single. Saya tak cakap hidup sendirian lebih bagus, ia lebih kepada beri ruang buat diri sendiri.

“Sebelum ini, kalau putus dengan seseorang, saya terus sambung dengan orang lain dan tiada ruang untuk diri sendiri. Jadi sekarang apabila dah ada masa sendiri, baru saya dapat susun dan rancang semula apa yang saya nak capai dalam kehidupan,” katanya kepada mStar Online.

Kamal mengakui kegagalan dalam percintaan sebelum ini adalah kesilapannya sendiri. Katanya lagi, semua yang berlaku mengajarnya untuk menjadi lebih matang.

“Sekarang mungkin masa terbaik untuk saya fokus dalam bekerja. Kalau jodoh saya sampai, adalah. Saya tak nak sakitkan diri saya atau buat pasangan saya sakit hati. Nanti mereka mula rasa saya tak serius,” katanya.

Terdahulu, Kamal pernah menjalin hubungan cinta bersama Intan Ladyana selama 6 tahun sebelum putus pada 2014. Kemudian, Kamal dikhabarkan bercinta dengan Emma Maembong bagaimanapun kedua mereka tidak mengakui sedang bercinta tetapi hanya berkawan rapat.