fbpx

Kamal Adli Akui Tidak Berniat Mahu Berlagak Hero

Berikutan insiden membidas komen negatif terhadap rupa paras isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Kamal Adli akui tidak cuba berlagak hero dengan tindakan itu, jauh sekali untuk menarik perhatian media. Ini kerana baginya menghina fizikal seseorang adalah salah.

BACA: Pernikahan Kamal Adli, Emma Maembong Semakin Hampir?

“Kalau ikutkan, saya tak kenal pun siapa Hafidz Roshdi itu kerana setakat ini kami belum pernah bekerjasama dalam drama. Bahkan, saya tahu mengenai berita perkahwinan dia pun melalui blog di laman sosial. Cuma, saya sangat terkejut apabila membaca komen ditulis netizen”

“Jika dinilai pada sudut akal yang positif, mana ada manusia yang sempurna termasuk diri sendiri. Jadi, janganlah sesuka hati menghina orang lain walau pun dalam laman sosial. Saya akui simpati kepada Hafidz dan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, tindakan Hafidz untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia muda adalah disebabkan sudah sampai seru, jadi tidak perlu rasanya untuk orang ramai mengecam keputusannya itu. Pada masa yang sama, Kamal turut kesal dengan sikap orang yang menyalahgunakan kemudahan teknologi. (rkty/w)