fbpx

Kali Pertama Bercuti? Ini Yang Wajib Anda Lakukan

Sebut sahaja pasal percutian pastinya anda terbayang tempat yang indah-indah bukan? Namun kerana kekangan masa kerja, membataskan anda untuk melancong ke serata negeri.

Musim cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi adalah peluang terbaik untuk anda bercuti bersama keluarga. Tapi anda bingung apa yang ada perlu sediakan sebelum melancong kerana anda tidak pernah melancong?

Okey, kali ini kami ingin kongsikan dengan anda apa yang perlu anda lakukan untuk kali pertama anda bergelar seorang pelancong agar tips ini menjadikan percutian anda sebuah percutian yang indah.

1. Tentukan Tempat Percutian

Buat anda yang first time travel perkara pertama yang perlu anda lakukan ada tentukan lokasi percutian yang sesuai dengan bajet anda.

Walaupun destinasi percutian anda hanya dalam Malaysia, anda harus cari info mengenai kawasan tersebut terutamanya maklum balas daripada pelancong lain mengenai tempat percutian anda.

Pencarian info yang banyak akan membantu anda dalam membuat keputusan yang betul untuk anda melancong dengan baik dan tenang.

2. Bajet

Bila sudah cari semua maklumat penting mengenai tempat percutian dan penginapan. Anda harus melihat pula dari segi harga yang ditawarkan.

Jika mahu jimat belanja anda haruslah bijak rebut peluang promosi yang ditawarkan. Senang cerita rebut peluang melancong ketika promosi kaw-kaw dijalankan.

Itu sebabnya penting pencarian maklumat dalam talian untuk anda lihat keseluruhan pakej yang ditawarkan.

Pastikan anda mencari pakej bajet yang betul dan cuba untuk buat perbandingan dengan beberapa web lain mengenai kemudahan yang ditawarkan.

3. Pakaian

Ini yang sering terjadi kepada first time traveller. Mana tidaknya apabila mood holiday menguasai diri mulalah semua pakaian nak dibawa dan rasa tidak cukup.

Tapi sebaliknya anda perlu membuat list terlebih dahulu mengenai pakaian mana yang perlu dibawa dan bersesuaian dengan tempat percutian anda. Barulah gambar OOTD anda ada ngam!

Tips ini juga penting untuk mengurangkan kos bagasi anda. Jika anda memilih tempat melancong seperti di sebuah pulau. Tips ini membantu mengelakkan anda dikenakan bayaran bagasi yang berlebihan.

4. Selesaikan Segala Tugasan Anda

Menjadi seorang first time traveller ini pastinya perasaan mahu bercuti itu membuak-buak dalam diri anda bukan?

Jika anda tidak mahu percutian anda nanti menjadi sebuah percutian yang tidak menarik, apa kata anda selesaikan terlebih dahulu kerja-kerja anda yang tertangguh.

Yalah jika anda tidak lakukan tips ini, risau nanti sedang asyik bercuti terpaksa balik untuk selesaikan kerja pula.

5.Sentiasa Mempunyai Data Internet

Nama pun kali pertama bercuti, pasti anda mahu kongsikan percutian anda dengan rakan-rakan kan? Jadi pastikan telefon bimbit anda sentiasa mempunyai data internet.

Bila data anda dalam keadaan baik barulah syok upload gambar percutian di media sosial.

Bukan itu sahaja tau, tips ini juga memudahkan anda untuk mencari maklumat menerusi pencarian dalam talian. Barulah tidak sesat apabila bercuti nanti.

Nak lagi menarik, sekarang U Mobile ada plan yang super duper giler dan anda tidak perlu risau lagi mengenai data anda akan habis ketika melancong.

Pelan pascabayar Giler Unlimited GX50 didatangkan dengan data TANPA HAD untuk segalanya dan untuk semua aplikasi. Setiap masa setiap hari.

Jadi kalau pergi bercuti tu nak upload gambar ke, buat video ke, cari maklumat ke bolehlah guna plan ini. Pasti data anda takkan habis.

Masa inilah yang paling menarik untuk bercuti. Barulah tidak sesat nanti jika anda banyak mencari info dengan internet UNLIMITED ini .

Tambah menarik lagi, dengan plan ini anda akan mendapat PERCUMA 5GB hotspot untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bukan itu sahaja tau, dengan Plan U Mobile Giler Unlimited ini, anda juga boleh berbual sebanyak mana yang anda mahu dan yang pastinya setiap bulan anda hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk menikmati semua kelebihan ini.

Nak lagi murah, sekiranya anda membuat pertukaran plan secara dalam talian anda akan dapat rebat RM10!

Anda hanya perlu membayar RM40 sahaja setiap bulan selama 12 bulan. Promosi ini akan berakhir pada 31 Disember ini tau. Jadi apa lagi cepat rebut peluang hebat ini.

Memang super duper giler lah plan ini. Sesuai untuk anda yang ingin bercuti dan menggunakan data internet yang banyak.

Maklumat tambahan:

Pelan prabayar Giler Unlimited GX30

Bagi pengguna prabayar U Mobile pun ada pelan prabayar yang super duper giler jugak tau! Perkenalkan pelan prabayar Giler Unlimited GX30 yang bagi anda data tanpa had jugak! Ohsem kan?

– Data tanpa had untuk lakukan apa sahaja dan semuanya yang anda mahu tanpa sekatan masa dan aplikasi serta tanpa caj tersembunyi.
– Percuma 3GB mobile hotspot untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan
– Hanya RM30 setiap bulan / RM1 sehari.
– RM25 setiap bulan jika anda buat pertukaran secara online.