“Kalaulah Saya Tahu Cuma Ada Masa 12 Tahun…”
Genap setahun pemergian arwah suami tercinta, pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari berkata tidak pernah sehari dirinya tidak merindui Allahyarham Ashraf Sinclair.
Membuat pendedahan eksklusif di YouTube, Bunga mengakui pada awalnya sukar untuk dia menerima kenyataan dengan kehilangan suaminya dan hanya termenung kerana seakan tidak percaya di atas apa yang terjadi.
BACA: BCL Tak Terfikir Langsung Untuk Kahwin Lagi
“Saya tidak mampu mengingati apa yang terjadi selama seminggu pertama sejak pemergian Ashraf. Malah, saya juga tidak boleh menangis kerana tak percaya akan kehilangannya begitu cepat. Hingga kini, saya juga masih cuba mencubit-cubit diri sendiri kerana berasa seakan masih dalam mimpi
“Saya termenung beberapa hari dan selepas itu meminta bantuan pakar penyembuhan holistik, Reza Gunawan, untuk datang ke rumah. Saya kata padanya, hanya mahu Ashraf okay dan nginTuhan jaga dia kerana saya sudah tidak dapat menjaganya,” katanya.
Bunga juga mengakui selama beberapa bulan selepas pemergian Ashraf, dia tidak dapat tidur kerana setiap masa dia akan periksa sama ada anak dan ibunya masih bernafas atau tidak.
“Saya hanya tidur tiga jam, namun syukur kerana tidak berasa letih. Saya tidur di bilik kami bersama ibu dan Noah.
“Salah satu alasan saya tidak boleh tidur selama beberapa bulan selepas kematian Ashraf ialah setiap beberapa minit dan setengah jam, saya akan ‘check’ mereka sama ada masih bernafas atau tidak,” katanya.
Dalam pada itu, Bunga akur dengan ketentuan Tuhan dapat hidup bersama suaminya cuma 12 tahun sahaja dan sukar untuknya mencari lelaki yang mempunyai persamaan dengan suaminya.
“Tidak pernah terlintas di benak fikiran saya untuk berasa marah dengan takdir Tuhan atas apa yang telah berlaku. Akan tetapi saya cuma memikirkan macam mana nak teruskan hidup dengan Noah yang dia sudah tidak punya bapa.
“Saya dan Ashraf masih punya bapa, tetapi tidak Noah, di mana lagi nak cari figura sepertinya? Kalaulah saya yang pergi terlebih dahulu saya percaya Ashraf lebih siap untuk menjaga Noah kerana dia ada kelebihan yang saya tiada. Kalaulah saya tahu masa hanya sebentar sahaja, 12 tahun… mungkin cara hidup dan pilihan saya berbeza,” katanya.
tak leh bayang, sbb suami dia baik
klu curang tu lain lah
xpe BCL, insyallah.. semoga urusan dipermudahkan
putus cinta pun sakit,inikan mati laki.. suami bpk baik cmtu lagilahhhhhhhhhh
ashraf ni dah la kacak, baik, warak, byk buat amalan yg dirahsiakan dah mninggal jek baru org tau. bcl nak cari pnggnti pun fikir byk kali la. mcm atok2 nenek2 zmn dulu yg cinta bertahan begitu lama.
Cepat nya masa berlaku, kejap je dah setahun…
SEMOGA BCL SENTIASA TABAH DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
ALFATEHA BUAT ALLAHYARHAM ASHRAF SINCLAIR.
(-_-)
alfatihah.. skjap je setahun…
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya…Aamiin…baik, handsome, setia, loving, rajin beramal jariah, berpelajaran…mana nak cari mmg tiada dua lah…mesti payah BCL nak cari pengganti yg serupa dgn arwah…
moga ketemu lagi dgn suami tercinta di syurga kelak aamiin
Bcl jgn la seksi2 lg. Kasihan almarhum. Ini ujian Allah yg dihadirkan melalui kehilangan sekelip mata, tnpa diduga kpd awk, keluarga. Semua hanya pinjaman. Allah menegur dan mengingatkan kita semua sebagai hamba-Nya bahawa bersedialah… .