fbpx

“Kalau Tiada Jodoh, Tak Boleh Paksa” – Fify Azmi

Dua tahun menjalin hubungan cinta, aktor Nafiez Zaidi memaklumkan sudah pun berpisah dengan aktres, Fify Azmi meskipun sudah cuba pertahankan hubungan mereka.

Memetik Kosmo, Fify berkata dia enggan menyalahkan mana-mana pihak termasuk dirinya susulan perpisahannya dengan aktor itu sebaliknya menganggap tiada jodoh antara mereka.

BACA: “Saya Cuba Pertahankan, Fify Yang Berkeras Putuskan Hubungan”

“Kalau tiada jodoh, tidak boleh paksa. Sejujurnya saya bukan individu yang suka-suka nak putuskan hubungan, semuanya bersebab namun saya tidak sesekali nak buka aib mana-mana pihak walaupun tak jadi kahwin.

“Buat masa sekarang, lebih baik saya ‘move on’ dan fokus pada kerjaya sahaja,” katanya.

Mengenai kenyataan Nafiez yang mengatakan dirinya yang menangguh perkahwinan mereka sebelum hubungan putus, Fify enggan mengulas lanjut serta mengatakan dia tidak suka mencanang hal peribadi kepada umum.

“Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar.

“Selain itu, tiada istilah saya tidak puas ‘enjoy’ hidup solo atau berkait dengan imej seksi dan sebagainya.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu mengenai kebenarannya adalah saya dan dia sahaja. Tambah pula saya bukan jenis suka canang kisah peribadi pada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu, Fify mendoakan agar bekas kekasihnya itu bertemu kebahagiaan serta masih menjalin hubungan baik dengan Nafiez.