fbpx

Umum mengetahui, hangat diperkatakan apabila Bonda Rozita memberikan teguran secara terbuka kepada anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri serta meminta memadam teaser muzik video lagu rayanya yang disifatkan tidak berakhlak.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menganggap kehadiran Aliff itu ibarat warna dan corak dalam industri seni.

BACA: Aliff Syukri Minta Maaf, Padam Video Lagu Raya Menggeletis

“Kalau tak ada dia dalam dunia seni bosan juga, asyik cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah). Sebab, dia ini ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri,” tulisnya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata netizen patut menikmati sahaja sementara usahawan sensasi itu masih ada dalam industri.

Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita. Enjoy je lah selagi dia masih ada,” tulisnya.

Sebelum ini, Aliff berkata dia telah pun memadam teaser muzik video berkenaan dan turut memohon maaf andainya video tersebut dianggap keterlaluan.