fbpx

“Kalau Tak Suka, Tak Payah Tengok”

Sudah lebih tiga bulan melayari bahtera alam rumah tangga, pelakon serta pengacara terkenal, Mira Filzah dilihat sering berkongsikan video dengan suaminya, Wan Emir Astar di laman YouTube.

Menurut Mira, dia kembali rajin memuat naik video di laman YouTube diberi nama #EmirAmirah itu disebabkan ingin berkongsikan aktiviti harian bersama suami.`

BACA: Suami Bangga Mira Filzah Raih Anugerah Nona Superwoman 2020

“Akaun YouTube itu memang saya wujudkan untuk kongsi aktiviti bersama suami. Kalau untuk diri sendiri, memang saya tak buat.

“Sebab saluran itu sudah ada nama dan saya pun mula buat vlog sekitar 2017 tapi tidak menjadi kerana saya rasa malas. Jadi, bila bersama suami, kami rasa boleh buat kandungan bersama,” katanya.

Tidak terlepas daripada komen sinis netizen termasuklah ada yang meluat melihat kemesraan dipaparkan, Mira menganggap perkara itu normal dan netizen meminta untuk abaikan sahaja video mereka jika tidak berkenan.

“Meluat dan mengecam itu kita tak boleh nak kawal. Saya pun tak paksa tengok. Kalau tak suka, tak payah tengoklah. Janganlah tak suka tapi tetap tengok juga selepas itu mengecam saya. Tak baik,” katanya.