fbpx

Semalam, pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram.

Zul berkata dia mengaku bersalah kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan serta enggan membazir masa mana-mana pihak serta menyifatkan orang lain ‘malaikat’ namun tidak dirinya.

BACA: Erma Fatima Tanya Zul Ariffin Siapa Suruh Muat Naik Video Itu?

Susulan kenyataan Zul itu, penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima yang memberikan respon megnatakan dia tidak tahu mesej itu ditujukan kepada siapa dan hanya Zul sahaja yang tahu

Dalam pada itu, isu berkenaan turut mendapat perhatian pelakon dan pelawak Harith Iskander turut mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip, penggambaran dan suntingan drama tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Harith turut keliru serta bertanyakan jika video itu tidak mahu dimuat naik di media sosial mengapa ianya diberikan kepada pelakon.

“Okey, saya keliru. Saya tahu Zul Ariffin muat naik video tersebut. Tapi, siapa bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip dan penyuntingan video? Kalau tak nak dimuat naik, kenapa beri final version kepada pelakon?” tulisnya.

Perkongsian Harith itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu serta ada yang mendakwa pihak lain yang terlibat bersikap lepas tangan.