fbpx

“Kalau Suami Menipu Tak Perlu Sebar Satu Dunia” – Lisdawati

Pejam celik rupanya sudah 15 tahun pelakon Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi.

Menurut Lisdawati, dia berpendapat sudah menjadi tanggungjawab suami untuk sentiasa pertahankan serta melindungi isteri masing-masing. Katanya lagi, setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain dan jangan sewenangnya mendengar cakap orang lain.

BACA: Dulu Tak Tutup Aurat, Lisdawati Ajak Fauzi Bersanding Semula

“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.

“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi. Contoh kita tahu yang dia menipu tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.

Lisdawati tidak menafikan dalam rumah tangga sudah pasti akan berlaku perselisihan faham antara suami isteri.

Bagaimanapun, Lisda berkata isteri juga perlu memainkan peranan dengan sentiasa menjaga maruah pasangan dan masalah rumah tangga perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.

“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita. Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.

“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.

Lisdawati berkata demikian bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.

Untuk rekod, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.