fbpx

Dulu Tak Tutup Aurat, Lisdawati Ajak Fauzi Bersanding Semula

Pelakon Lisdawati mengakui agak kecewa dan ralat kerana tidak boleh berkongsikan gambar kenangan ketika berkahwin seperti pasangan lain kerana pada waktu itu dia masih belum berhijab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lisdawati berkata pasangan berkahwin dalam keadaan menutup aurat sangat bertuah kerana boleh mengenang kembali momen indan itu dengan semua orang pada bila-bila masa.

BACA: Lisdawati Setiap Hari Berdoa Foto Tak Bertudung Tidak Disiarkan

Dalam pada itu, pelakon itu turut menyeru kepada pasangan bakal bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi supaya menjadikan kisahnya sebagai pengajaran.

“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya, terkecewa sebab semua itu hanya memori dan tak boleh tayang lagi,” katanya.

Sementara itu, Lisdawati sempat berseloroh mengajak suaminya, Fauzi Nawawi untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.

Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.