Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam majlis resepsinya malam tadi tampil mempertahankan isterinya Bella Astillah susulan timbul dakwaan mengatakan mereka tidak sekufu.
Menurut Saddiq, kehidupan Bella berbeza berbanding dirinya dimana isterinya itu diusia kecil sudah mencari rezeki untuk keluarga.
BACA: Syed Saddiq Gembira Bangun Pagi Ada Isteri Di Sisi
“Saya akan pertahankan isteri saya. Bila kata soal tidak sekufu, mungkin anda semua tidak tahu. Pada umur lima tahun, Bella dah masuk industri. Saya mungkin ketika itu masih mengharapkan ibu bapa siapkan saya.
“Pada umur tujuh tahun, Bella berjaya berdikari dan membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Sekufu? Ketika saya umur tujuh tahun, saya mungkin sedang bermain pemadam dengan rakan di sekolah. Bella dah mencari rezeki yang halal untuk keluarganya manakala saya tiada apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Saddiq berkata berkenaan soal pendidikan pula ketika dia ditawar melanjutkan pelajaran, Bella bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
“Bella seorang ibu yang begitu luar biasa mendidik dua anaknya. Sekarang saya ada keistimewaan untuk memanggil mereka anak-anak saya.
“Kalau nak bicarakan soal sekufu, sayalah yang tak layak berdiri di sebelah Bella Astillah. Dia wanita dan ibu yang luar biasa. Saya rasa bertuah untuk memanggilnya isteri saya,” katanya.