“Kalau Sedia Jadi Bapa Anak-Anak Saya, Masuklah Meminang”
Hampir tujuh tahun hidup solo dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, sudah pasti Rita Rudaini tidak pernah terlepas dengan soalan mengenai jodoh. Namun, menurut Rita dia reda dan hanya mengikut aturan yang telah ditetapkan Allah.
Rita berkata kedua-dua anaknya juga tidak pernah bertanyakan tentang soal itu kerena mereka sudah biasa hidup bertiga. Bagaimanapun, Rita tidak menolak seandainya ada lelaki yang bersedia untuk menjadi bapa kepada anak-anaknya.
BACA: Rita Rudaini Sebak Lihat Anak Renung Kaabah
“Kalau ada lelaki yang bersedia menjadi bapa segera pada anak-anak saya, masuklah meminang. Sebelum ini ramai juga rakan yang cuba nak pasangkan dengan kawan mereka, malah ada yang tawarkan diri untuk mencarikan jodoh buat saya.
“Saya biasa saja. Mungkin sebab sudah terlalu lama solo, jadi perasaan itu lebih tenang bersendiri. Lagipun, saya ada dua anak yang sentiasa menemani dan menceriakan hari-hari saya.
“Biarlah tumpuan saya pada mereka dulu. Mereka pun semakin membesar. Banyak lagi perkara dan keperluan penting untuk mereka. Saya kena terus kuat untuk mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Rita berkata meskipun ramai rakan-rakananya yang lain sudah kembali berumah tangga, dia tidak pernah berasa sunyi. Ujarnya lagi, dia sudah bahagia dengan apa yang dimilikinya kini.
“Saya tidak sunyi. Bahagian saya sudah tidak ada sebab saya nak tumpukan pada kehidupan anak-anak pula. Ini kerana, bahagian mereka baru bermula.
“Kasih sayang sejati dan belaian adalah antara anak dan ibu. Namun, Allah yang merancang semuanya dan saya menurut setiap perjalanan yang diatur-Nya dengan reda. Saya sudah bahagia dengan apa yang Dia berikan sekarang,” katanya.
Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna kini berusia lapan tahun.
- SUMBER
- Harian Metro
Ada jodoh..cpt dgn lmbat je. Jgn memilih..warga asing pun byk bertggugjwb..
Ni saja nak acah-acah.
Korang yang instalment kereta pun dah sakit, toksah nak khayal lah dengan si Rita ni. Maintenance tiap bulan, koman-koman pun mesti RM20,000.
Elok korang try dengan Sajat. Atau Datuk Vida.
” kalau-sedia-jadi-bapa-anak-anak-saya-masuklah-meminang”..
Ayooo…itu syrat pertamakah..??
Boleh tak..
.jgn bgi ibu2 yg ada laki gelisah sbb kau tak ckp bujang shj maoo.
Sudah tgok kak pompom naik plamin..mestilh nak mcm tu.
Ssh nk dpt yg maoo kn anak…tgok kau yg bergetah..itu bkn cinta.
Tiap bulan mesti ada cerita minah sengal ni dalam Rotikaya. Minah ni bayar Rotikaya ke?
Meluat hakakkkk
Salam Rita. Saya sanggup jadi ayah anak2 Rita. Sangat sudi dan sanggup. Minta alanat rumah org tua Rita.
7 tahun gak menduda ni… meh sini… ngam jln trus
Nk kawin dgn rita jgn lupa spender pon kna bli jgk ye..nnti kang x psl2 kna kompang smpi ke wuhan
Rasanya lebih tak payah….kalau berani nasihat dan pimpin kearah Islam tu okaylah..
Okay, nanti akan dipertimbangkan
Maaf la rita. I pun duda. Yr statement yg sanggup jadi bapa anak2 u… For me riak sungguh. Terbalik kan crite u tu. Apa kata i ex hubby u anak2 dgn i. I celebrity mcm u. Sapa sanggup jadi ibu pd anak2 i… Belum pun ada org kawin dgn u. U put very high expectation on a man yg sebenar nye tak perlu pun. Di didik baik la anak2 u tu. Dan tak melawan ckp org tua dan besar jadi org. Da u patut bersyukur. Apatah lg ‘sunyi’ u pun dpt dipenuhi…
Sy dh brkhwin tpi wife sy dh izinkn utk sy nikah lgi dan dia redha utk brmadu ??
Ok
Rita, I love you
Kawin jela dgn abg jat…. kaya pon kaya… muka ada iras da…
Boleh jer Nikah gn Rita, w/laupun anak anak lebih dri 2, Insya’Allah beri nafkah zahir & Batin.. ?