Sudah dua minggu berada di kedudukan tercorot, penyanyi Datuk Fazley Yaakob terbuka menerima komen netizen yang mendoakan dia tersingkir dari Gegar Vaganza.

Menurut Fazley, penonton bebas untuk memberi kritikan malah mengakui apabila menyertai GV penyanyi merupakan milik penonton.


BACA: Suara Dikritik Sumbang, Netizen Suruh Fazley Yaakob Masak Je

“Apabila ke pentas GV minggu pertama saya dah buka minda dan saya tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka untuk kritik, mengeji dan sebagainya.

“Bila di pentas GV kita mlik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang mintak kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat.

“Kalau orang tak nak pilih siapa yang mereka nak keluar makannya saya tak tonjolkan apa-apa di pentas,” katanya.


Mengakui nyanyiannya kurang menyengat disebabkan sudah 10 tahun tidak beraksi di pentas besar, Fazley berkata dia tetap akan berasa gembira jika tersingkir di konsert seterusnya.

“Saya dah jelaskan 10 tahun tak menyanyi, dah bertahun-tahun tak nak masuk GV, tapi kali ini saya masuk untuk anak perempuan saya. Kalau saya tersingkir pun saya tetap akan rasa happy sebab saya dah buat apa yang saya nak buat,” katanya.