fbpx

“Kalau Saya Tak Pandai Berlakon, Tak Berani Nak Ambil Watak Utama”

Sejak kebelakangan ini, ramai dikalangan influencer kini menjadi pelakon dan perkara itu menjadi bualan hangat netizen apabila ramai yang mengkritik.

Pelakon berbakat Nabila Huda turut memberi pendapatnya dengan menyarankan kepada infleuncer dan pendatang baharu untuk mengikuti kelas lakonan terlebih dahulu sebagai persediaan.

BACA: Nabila Huda Disahkan Positif Covid-19

Kata Nabila lagi, pihak produser mahu mengambil influencer berlakon perlulah menyediakan kelas lakonan untuk mengasah bakat mereka duhulu.

“Saya sarankan penerbit, kalau nak ambil influencer berlakon dan digandingkan dengan pelakon senior, bagilah mereka kelas lakonan, macam kami berlakon drama kena rehearsel dua bulan.”

“Buat kelas online ke, sekurang-kurangnya asah bakat lakonan dahulu, stesen TV suka ambil influencer sebab boleh promosi drama, kita tak kisah pasal berapa banyak follower dia.”

“Yang influencer ni pun kena lah keluar duit untuk kelas lakonan, jadi bila masuk set mereka dah dalam keadaan yang bersedia dan tidak menyusahkan pelakon senior,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nabila berkata pendatang baharu perlu mendalami watak yang diberikan serta biasakan diri dihadapan kemereka, bukan niat masuk dunia lakonan untuk jadi terkenal. Katanya lagi, jika dia tidak pandai berlakon, dia juga tidak berani untuk memegang watak utama.

“Bagi saya, pelakon baru kena bagi mereka biasakan diri berada di depan kamera supaya nampak tak kekok dan bagi mereka beberapa pengalaman terlebih dahulu.

“Ia melibatkan maruah juga tau…tak kesian ke tengok orang yang tak pandai berlakon ni jadi watak utama. Kalaulah saya, sebagai infleuncer yang baru dan tidak pandai berlakon, tak berani nak ambil watak utama.”

“Saya tak akan ambil untuk jadi terkenal. Yang penting perlu tahu betul ke pilihan yang dibuat tu? Ataupun buat latihan lakonan supaya berani bawa watak itu,” katanya.