“Kalau Saya Scammer, Saya Tak Bantu Azri” – Dr Azra Diera
Hangat diperkatakan di media sosial apabila kekasih pelakon Azri Iskandar yang juga penulis skrip, komposer dan novelis, Dr Azra Diera didakwa tidak wujud dan hanya scammer.
Memetik Getaran, wanita berusia 42 tahun itu menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti diperkatakan netizen.
BACA: Netizen Geli Dengar Azri Iskandar Panggil Kekasih Baby
Tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan netizen, Azra berkata apa yang peting Azri sudah berjumpa dengannya dan tahu bahawa dirinya menyayangi pelakon itu.
“Mereka nak anggap apapun terpulanglah. Saya tak perlu nak muncul diri pun atas desakan atau paksaan orang lain. Saya bukan buat jenayah pun.
“Azri dah jumpa saya. Azri tau sejauh mana saya sayangkan dia. Saya tak perlukan orang lain untuk menilai hubungan kami.
“Perlukah orang yang dah tak ada kena-mengena dengan Azri ganggu hidup dia? Privacy dia? Kehidupan peribadi dia?
Dia nak bercinta dengan siapa pun tak ada kena-mengena dengan individu tersebut lagi. Kenapa perlu nak tunjukkan rasa insecure? Masih ada hati nak bersama lagikah?” katanya.
Jelas Azra lagi, dia bukanlah seorang scammer kerana jika benar dia scammer sudah tentu dia tidak akan membantu Azri.
“Kalau saya scammer, bukanlah Azri orangnya (mangsa). Azri tengah susah sekarang. Yang tolong dia pun saya. Scammer takkan cari orang yang ada masalah.
“Tanyalah Azri. Dia rasa macam mana bila jumpa saya. Setenang apa dia bila saya ada. Saya tak pernah minta apa-apa pun daripada dia.
“Saya cuma nak dia rasa happy dengan saya. Hidup tak lama. Kita tak tahu bila harinya kita akan dijemput pulang. Selagi ada hayat. Berbahagialah dengan orang yang menghargai kita,” katanya.
Dalam pada itu, Azra berkata dia gembira melihat perubahan Azri yang sebelum ini penuh tekanan dan bermasalah, namun kini semakin ceria.
“Tapi, saya sayang dia. Saya tak sanggup lukakan hati dia. Azri makin bersemangat sekarang. Dia ada impian hidup yang dia tak pernah capai sebelum ini.
“Saya gembira tengok perubahan dia. Dulu saya kenal dia sebagai seorang lelaki yang penuh dengan rasa tertekan, stres dan bermasalah.
“Tapi sekarang makin hilang semua itu. Boleh lihat kegembiraan dan keceriaan dia sekarang. Jumpalah dia kalau rasa apa yang saya cakap ni tak betul. Tengok sendiri dia yang sekarang ini,” katanya.
Azra berkata lagi, dia dan Azri kini mahu bersama-sama membangunkan kerjaya mereka dan menghalalkan hubungan serta hidup bahagia.
“Saya boleh tarik diri kalau ini boleh merosakkan reputasi dan kerjaya saya. Tapi, kalau Azri gila selepas ni, jangan salahkan saya. Saya dah penat sebenarnya. Kerjaya saya banyak terganggu.
“Lagi satu, saya nak betulkan kenyataan pihak sebelah sana. Saya bukan peminat Azri Iskandar. Saya tak tengok lakonan Azri.
“Tetapi sebaliknya Azri adalah peminat tulisan-tulisan saya. Terang-terang, Azri sendiri yang cakap tentang hal ini dulu,” katanya.
- SUMBER
- getaran
Bebi JANGANNNN.. azri nie PLAYBOY tauuuuu
Ker….Jumpa di alam maya jer.
.. kheunsss
boleh tak larikan iklan tahi telinga tu, geli la.
Ko tu bukan scammer la Dr ngok
Yg org dok kata Ko tu sejenis catfish kuat berangan
entahlah.
tunggu dan tengok jerla nanti.
jgn abg azri kene catfish sudah.
doakan jer yg terbaik.
Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn…Hiiiiiii Hiiiii Haaaa Haaaa
eww?? asal cm riak je aku baca?
HAHAHHAHAHHAA. PRMPUAN NI..BRU KNL 2 MINGGU DH MCM KENAL 20 TAHUN. AZRI TENANG YE BILA BERSMA DGN KO. HAHAH KLAKAR BACA. PASTU STATEMENT MCM KO NI DH LAMA YE JD BINI AZRI. ADEH..TAKPELA SMGA BERBAHAGIA. TP JGN OVER SGT PLEASE..CPT2 KWIN YO.
Semoga Allah permudahkan segalanya
selamat ellie dah bercerai…move on je lah ellie..xyah sedih2…
Catfish tu tackle jantan kaya la korang. Aku hanya nak tahu novel dia tajuk apa. Mesti at least ada satu dua manusia kenal dia. Siap shooting etc at least bg tau la tajuk buku ko kalo ko mmg penulis dan penggiat seni. X perlu muncul tp utk berlaku adil, kami nak tahu jugak.
Sori… nk tanya..
Apa maksud catfish tu?
#newbie
Maknaa catfish dlm urban slang
Lure (someone) into a relationship by means of a fictional online persona.
“he was being catfished by a cruel prankster.
Menggoda seseorang ke dalam.hubungan (biasanya melibat emosi) melalui watak rekaan di dunia maya. Mcm.scammer la.
Tp skrg kat online byk je watak rekaan nama palsu nama samaran mcm artis atau penulis mnggunakan nama samaran sbb diorg pun x mahu dedahkan maklumat peribadi.
So bezanya yg catfish ni guna watak ni utk tackle org kepentingan diri.
g google pasal maya darina. banyak artis kena dah. ntah2 si azra ni pun maya darina kot
katanya bru kenal..tp mcm da lma kenal sj…??
Mcm mana baru 12 hari kenal tapi yakin mcm dah bertahun kenal. Masa azri dgn ellie adakah azri skandal dgn azra. Eh aku pun penyibuk juga rupa nya
Macam mana maya darina kenakan artis2 ni. Aku kalo selagi x jumpa x percaya la. Sdg kan bertahun lps kawen pun ada org mnipu laki/ bini, apa lg yg ujud kat virtual world. Aku ada terbaca pasal andre agassi kot pernah digoda wanita virtual ?