fbpx

“Kalau Saya Pakai Kebaya Pun Orang Cop Lucah Juga” – Kak KM

Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.

Meskipun perkongsiannya sering dikecam netizen, namun Kak KM tidak melatah dengan apa yang diperkatakan orang ramai tentang dirinya.

BACA: Kak KM Beli Kereta Range Rover Untuk Pergi Gym

Menurut Kak KM lagi, dia tahu apa yang dilakukan olehnya dalam setiap video di mana ia adalah selari dengan video promosi produk jualannya.

“Saya memang tak kisah apa orang nak kata sebab saya bukan bogel semasa rakam video promosi produk. Kalau nak kata lucah ke apa, kita memang jual barang untuk dalaman perempuan. Kalau saya pakai kebaya pun, orang dah cop saya lucah,” katanya.

Kata Kak KM lagi, dia sememangnya jenis straight to the point dan tidak pandai cover dalam sesuatu perkata. Bagaimanapun, usahawan itu tidak mempedulikan tentang apa yang diperkatakan orang ramai.

“Terpulang pada mereka. Tapi mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu terlampau straight to the point .Saya tak pandai cover-cover. Takut orang tak faham pula. Senang kata saya tak kisah dan peduli pun orang nak cakap,” katanya.