fbpx

“Kalau Saya Kayu, Kenapa Diberi Tawaran Berlakon?”

Selepas beberapa pelakon mengkritik Aliff Syukri yang cepat melenting apabila dikatakan tidak berbakat dalam lakonan, usahawan kosmetik popular itu memohon maaf jika kehadirannya dalan industri hiburan tanah air tidak disenangi ramai.

Aliff juga menjelaskan, beliau menerima tawaran berlakon itu setelah ditawarkan oleh pengarah dan tidak keluarkan duit untuk filem tersebut seperti yang didakwa oleh netizen.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Pelakon utama filem Badang itu juga turut bertanya, jika dia tidak mempunyai bakat, kenapa diberikan tawaran berlakon dan sebelum ini kenapa tiada siapa yang persoal?

“Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

“Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya. Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang. Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat.Penghinaan itu melampau-lampau.”

Tambah Aliff lagi, jika selepas ini ditawarkan untuk berlakon lagi, beliau akan terima dan akan lebih untuk berhati-hati.