"Andai Saya Berkahwin Awal, Mungkin Sekarang Saya Sudah Bercerai"
Jejaka malaya, Hans Isaac akui dirinya tidak kisah jika ramai mengatakan jodonya lambat sampai walaupun sudah berusia. Ini kerana baginya seadndainya beliau berkahwin pada usia yang muda, mungkin hubungan itu tidak akan berkekalan dan akan berakhir dengan penceraian.
BACA: Hans Isaac Sedia Berkahwin & Sedang Kenal Seseorang
“Saya tak pernah terlalu ambil hati walaupun memang ramai yang suka usik saya dengan perkara ini. Kalau kawan-kawan usik tu biasalah. Lagipun ini soal jodoh, yang mana semua orang tahu, jodoh tu datang dari Tuhan. Sebenarnya, dulu pun saya sudah bersedia tetapi jodoh tak ada”
“Tetapi saya berani katakan, seandainya saya berkahwin ketika usia saya 34 atau 35 tahun misalnya, saya rasa mungkin saya dah bercerai dah ketika itu. Saya tak pernah cakap mengenai hal ini sebelum ini sebab baru sekarang saya faham keadaan itu. Dulu saya mungkin tak faham mengenai komitmen dalam hubungan kerana tak matang,” katanya kepada Utusan Online.
Hans akui suatu ketika dahulu beliau terlalu mencari kesempurnaan pada setiap hubungan yang terjalin sehingga akhirnya beliau sedar bahawa dalam dunia ini tiada yang sempurna, sebaliknya untuk mencari kesempurnaan kita harus berusaha. Dengan itu, beliau menganggap segala yang terjadi sebagai satu proses pembelajaran untuknya lebih mengenali erti kehidupan.
Bagaimanapun, terbaru Hans ada menyatakan bahawa beliau kini sedang dilamun cinta namun dirinya masih belum bersedia untuk mendedahkan kekasih hatinya itu, bimbang jika hubungan itu tidak berkekalan. Apa pun, semoga Hans dipertemukan jodoh secepat yang mungkin. (rkty/w)
Menyampah aku ngan hans ni, dah la xsunat….,
perli erra le tu.. dulu kemain siap bertumbuk dgn emran!
Hensem lg laki aku
Still handsome it ok. Plus, you are not Muslim. Go ahead, enjoy…cheers bro.
jadi klu bukan muslim tak blh jadi artis la… bongok otak zaman batu.. ko tahu ke dia x sunat..
dah tua dah hans ni
x perlu kawen hans. sekarang ni pompuan nk kawen dgn hang sbb nk jadi datin segera ja. berhati-hati lah..
ARE U REFFERING TO ERRAAAA????
WAGAGAGAGAAHAGA!
prkhwinan ni mcm gamble jadi jgn sebut kawin muda bercerai ke ape…ni pun kalu umur 50 ..blum tentu …matang bukan umur yg mnentukan.. kna tempuh dulu prkhwinan tu baru tau
baru tau u can handle or not.. besar cabaran if dua2 sepakat dn kesabaran yg tinggi InshaAllah akan ok..
Kawin pun x dah crita bab cerai.
Ada juga makhluk gini.
Ish…ish….
Cerita bab matang ikut umuq.
Ni nak habaq sikit tok wan aku umur 80 pun x matang lagi. Apa crita.
Anak aku umur 12 pun matang dari tok wan dia.
So..bkn umuq jg penyebab matang ke dak.
yang kutuk hans,sila bermuhasabah diri ok…jangan d ungkit hal agama…jangan si ungkit pasal sunat ke tak..sedangkan yang bersunat pun boleh buat banyak dosa..paloi punya komen…bimbo
Atuk hang apa heran..umo dah 80..mestilah dah nyanyuk
.
atuk hang sihat dok?