Usahawan sensasi Kak KM memberi pendapatnya mengenai isu seorang selebriti yang dikatakan memutuskan tali pertunangan disebabkan bekas tunangnya mempunyai masalah kewangan.

Menerusi sesi siaran langsung, Kak KM berkata.jika lelaki tersebut mempunyai duit yang banyak sekalipun ianya bukan hak wanita berkenaan kerana belum lagi berkahwin.

BACA: “Sama Muka, Macam Adik Kakak” – Kak KM Akhirnya Jumpa Isteri Haqiem Rusli

@st4rbbyyie

#kakkmlianarosli #kakkmcore #kakkm

? original sound – st4rbbyyie – st4rbbyyie

Menurut Kak KM lagi, ketika dalam tempoh perkenalan itulah sepatutnya mereka belajar untuk menerima kekurangan masing-masing.

“Dia hina? Bagus pun putus tunang. Waktu kau berkawan dengan pasangan masing-masing, kau kena terima seadanya.

“Sebenarnya, kalau lah korang ni tiba-tiba nak putus tunang disebabkan RM500 kau bukan mata duitan lagi dah, kau gila harta.

“Kau kena ingat, kalau dalam bank dia ada RM500 juta pun kalau dia bukan jodoh kau sama juga. Jadi kena ingat satu perkara, duit dia adalah hak dia, belum kahwin pun lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkongsikan ketika di awal perkahwinan, suaminya tiada apa-apa namun mereka sanggup bersusah senang bersama sehingga berada di tahap ini.

“Ketika kahwin dulu, aku dan suami tiada apa-apa tapi itulah gunanya perkahwinan, sama-sama susah dan senang baru kita boleh kekal sampai hari ini sebab hargai pasangan,” katanya.

×