“Kalau Orang Nak Mengata, Kecam Pakaian Saya…Biarlah” – Che Ta
Penampilan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi menjadi perhatian ramai apabila menggayakan busana ala ‘tudung saji’.
Seperti sudah dijangka, ada yang mengatakan pelakon itu seakan cuba mengikut fesyen penyanyi Aina Abdul. Bagaimanapun, memetik Harian Metro, Che Ta berkata dia cuba menggayakan busana yang sesuai mengikut tema.
BACA: Che Ta Meluat Dengar Pelakon Cakap Utara Macam Orang Lidah Pendek
“Pakaian saya yang ‘unik’ ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah.
“Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu,” katanya.
Dilihat masih laris dan relevan dalam industri, Che Ta meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki dalam lakonan serta diberi karakter sesuai.
“Saya tidak melihat wujudnya persaingan kepada pelakon pada usia yang sama dengan saya sekarang untuk watak-watak sebagai wanita berkerjaya dan ibu. Bagi saya, karakter begini cukup sesuai dengan kami.
“Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki diperoleh ini dan alhamdulillah jadual kerja pun memang sibuk. Pada sambutan Syawal ini juga, rasanya saya baru berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka walaupun baju raya ada banyak lagi yang belum dipakai,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Sape nk kisah??? Hidup la ko dalam dunia gila ko…ahaahaaa
kawin dengan zain tak de mende dapat.. patut level2 dia dah jadi datin ke.. datuk ke.. main arah2 drama je.. berduyun2 duit asyukk… kesian kannn
Ramai betul artis2 skrg makin tua makin nnjadi2..u olss jdi prhatian jadi tunjuklah adab dn akhlak yg baik pd artis2 baru ..jgn sampai org hilang respect pd anda.
aku rse pakaian dia okey lg la dr sorang tu.. malas nk komen dh pasal sorang tu giler perhatian..che ta ok lg sbb dia mmg x fake..tang bulu mata jew huhu
Takde sape nak mengata, mengecam pakaian awak cheta. Fesyen pakaian awak tu sungguh cantek, up dan sesuai sangat dgn usia awak, mcm parachute.
Reply to: SalifUkri
Parachute ke gaung nerakaaa hahahahaha
Tak malu ke pakai macam tu?
Nko dengan vida sama jer.. Gilooo
Cheta ngan vida bukan same jer….. tp berlawan sape lebih teruk