“Kalau Nak Saman Pemilik, Saman Penjual Aksesori Juga”
Baru-baru ini kecoh mengenai motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Perkara itu mendapat perhatian pelawak Achey Bochey yang mengakui gemar mengubahsuai motosikal tetapi ianya tidaklah keterlaluan. Namun, Achey tidak bersetuju jika motosikal disita kerana perlaksanaan larangan tersebut perlu bermula di kedai aksesori.
BACA: Isteri Achey Usaha Jadi Ibu Susuan Anak Angkat
“Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang.
“Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.
“Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu Achey memberitahu, jika larangan dikenakan ia akan merugikan kerana ada diantara peniaga aksesori motosikal terdiri daripada Melayu dan Bumiputra.
“Biarpun meminati ubahsuai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilkan perolehan buat pengusaha kedai makan,” katanya.
Terdahulu, polis turut memberi amaran kepada mana-mana individu termasuk selebriti supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan modifikasi motosikal secara haram dan melanggar undang-undang.
- SUMBER
- Harian Metro
Batak mana ckp rata2 kedai ubah suai motor kedai melayu..lawak la ko..maybe area shah alam ia lah kot..tapi kalau nak cite 1 Malaysia..cina yg kongker kedai xcesori.baik motor dan kereta..yg import brg2 tu semua taukey cina..kedai xcesori melayu pon beli dgn cina.
Kalau beli pisau.. lepas tu pisau tu ko pergi tikam orang tu salah ko ke .. salah kedai?
Bodoh!
Bingai.. xder sapa acu pistol suruh ko modify. Denda jer.. kalu aku denda 2x sbb keluar statement bodoh!
bodoh x boleh bawak berbincang ko ni….
so yg kaki motor ni byk main dadah ke camner sampai bengong mcn ko kan?
Ni x pulak nk sokong produk Melayu bagai. :((
Dia yg komen korang plak sentap…biar dia lah nk ckp ape duit dia…ade pkai duit korang ke anat…baik diam dri ckp mcm org bodoh..#aku xde ysuku..
Kita ni hidup dlm msykt yg ada undang2 dan peraturan yg kita kena ikut. Andai semua org suka2 nk buat kepala sendiri x mau ikut undang2 dah tentu ia menganggu gugat keselamatan dan ketenagan org lain. Kalau xnk ikut undang2 duduk dlm hutan sana tu jgn nyusahkan org ramai!
Nak trgelak pun ade
Beli pisau kt kdai pastu tikam orang…kdai yg salah ke atau ko yg salah atau si pisau tu yg salah?
Buat malu mat motor je sembang biar
nmpk mcm ada otak bro. Takut kena saman le tu atau memang setakat tu je yng ko mampu bpikir?
Perumpamaan pisau d atas tu tepat.. yg beli masuk kedai ko. Tapi ko salahkan pekedai jual kt ko?
Pisau x salah! Yg salah ko x guna otak ko utk bpikir.
bodoh kau ni dah menandingi kes ara johari muntah mkn durian dgn maggi pedas!!
Semua comments netizens bijak belaka. Retis msia ni Klo kuar statements mmg bodohnya berganda2! Aku pun x phm knp bodoh sgt!!!
Level artis pelawak….
Sbb tu org ckp kalau bodoh tu mesti artis. Kalau xde permintaan xde lah jualan. Lg 1 statement “pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang”. Wah ko lagi pandai dr jurutera kilang motor yg buat R&D. Ape guna brek Brembo mahal2 kalau xde ABS? Nak motor laju beli motor CC besar la. ABS, ASC semua ada drpd abis duit modified lebih baik guna utk upgrade motor besar.
kat malaysia ni bole ke bawak motor lebih had laju 110km sejam? ko masuk thailand pon x dapat had laju 120km sejam tu.
kalau aksesori yang dia pasang tu memang untuk motorsikal, dan aksesori tu adalah dilarang, memang patut pun dia cakap tuan punya kedai pun patut kena sekali…. nama pun kedai menjual alatan ganti dan aksesori motorsikal…. tapi kalau dia pakai alatan lain dan pasang kat motorsikal, memang salah dia lah kan….
analogi pisau tu kurang tepat… pisau yang dijual kat kedai tu kan kegunaan dia adalah untuk potong barang/apa2 jelah asalkan bukan benda yang salah disisi undang2… lainlah kalau senjata api, benda yang sah2 lah kena ada lesen pemilikan (barang yang haram dimiliki kalau xikut undang) kalau kau dok oversea yang mana kedai2 bebas jual senjata api dan anak kau kena tembak dengan senapang sipolan, dah tentu kau pun akan ikut demonstrasi penutupan kedai jual senjata api.
#takdeysuku #otakletakkatmuke #kaubudakdarjah3akudarjah5
Dah la jongang bodoh pulak tu
dah…dah…xyah gaduh….
nak gelak….tp mls lah..buat tambah garis penuaan je,,
Achey kami tau awak skola x tinggi tp zmn maklumat dihujung jari ni kita x perlu ada segulung degree pun utk jd bijak bila berckp! Isu aksesori kenderaan ni kebanyakkan brg2 import ni dibawa masuk utk tujuan pertunjukkan ia bkn satu kesalahan. Tp bila digunakan utk kegunaan harian di jalanan umum baru jd kesalahan
Bodoh punya artis…….statement tak boleh blah…..Bodoh tu simpan sama jangan dok tunjuk sangat…
Adeh..xda kata2 yg indah..kot ye pon mengkeme2 sume yg komen tu.cermin diri.indah sgt ke bahasa tu?yg komen gud2 tu,wa tabik spring.