fbpx

“Kalau Nak Curang, Saya Cari Yang Lagi Cantik”

Menyedari namanya sedang hangat diperkatakan gara-gara dakwaan meminta gambar lucah wanita, Shukri Yahaya sekerasnya menafikan dakwaan berkenaan, selain tidak memahami sebab wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle memburukkan namanya.

“Kalau betullah saya nak curang, biarlah wanita itu lebih cantik daripada isteri saya. Terus terang saya katakan, saya tak faham kenapa wanita itu sengaja nak memburukkan nama saya. Mungkin dia nak popular dengan cepat jadi dia sengaja gunakan nama saya”

BACA: Shukri Yahaya Goda Wanita Di WeChat?

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab masih lagi terkejut dengan berita palsu yang saya terima pagi tadi.Saya kalau boleh memang tak nak ambil tahu pun benda-benda macam ini sebab lelaki itu bukan saya. Zaman sekarang ini orang boleh gunakan nama dan gambar saya untuk dijadikan bahan fitnah”

Bagaimanapun Shukri enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap kontroversi yang menimpanya kerana menganggap fitnah yang dilemparkan sebagai perkara yang remeh. Terdahulu kecoh sebentar apabila perbualan lucah diantara Shukri dan wanita terbabit tersebar.

“Saya hanya akan ambil tindakan jika ia membabitkan keluarga saya dan berlebih-lebihan. Saya anggap ini adalah dugaan untuk saya di bulan puasa dan mendapat pahala lebih besar buat saya,” katanya kepada Utusan Online.