fbpx

Usahawan Noor Nabila berkata dia tidak masuk campur mengenai soal hubungan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dengan aktres, Amelia Christie.

Memetik Harian Metro, Nabila berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka dan sentiasa memberitahu Amelia bahawa dia dan anaknya, Jebat Jayden sentiasa ada bersamanya.

BACA: “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

“Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan. Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.

“Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.

“Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri,” katanya.

Sementara itu, Nabila berkata dia selesa berkawan dengan Amelia dan dapat melihat keikhlasan aktres itu serta memuji Amelia seorang yang menghormati orang lain selain pandai membawa diri.

“Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

“Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.

“Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri,” katanya.