Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata dia tidak bermusuh dengan isteri kedua suaminya itu namun ada ‘jarak’ antara mereka.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Misya berkata mereka berdua tidak saling berhubung untuk memaklumkan mengenai kehidupan mereka masing-masing.
BACA: Abang Tesla Hantar Isteri Pertama Tunai Umrah Bersama Misya
“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap (jarak). “Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, Misya berkata hubungannya dengan Marissa bukan dalam fasa yang baik ketika ini tetapi tidaklah bermusuh.
“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.
“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya.
Sebelum ini, perkongsian Marissa menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama madunya sekaligus seolah memberi bayangan hubungan mereka dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, Misya memuat naik kenyataan memberitahu gambar tersebut diambil sebelum kisah mereka tular dimana ketika itu mereka sudah berdamai namun situasi sekarang tidak seperti digambarkan di dalam gambar bekrenaan.
SUMBER: Kosmo