fbpx

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia tidak sama sekali berniat untuk menyekat rezeki penyanyi lain di Malaysia mahupun sesiapa.

Menerusi podcast The Common Folks SG yang dimuat naik di TikTok, Aliff berkata dia hanya membuat lagu itu hanya sekadar suka-suka.

BACA: Aliff Syukri Geram Dikecam Bagi Job Dekat Ira Kazar Jadi Model Tudung

@dherbs_holding

Dato Alif Syukri & Dato Awie | Aku tak tutup periuk nasi orang. #fyp #Datoawie #datoalifsyukri #telajaklaris

? original sound – DHERBS HOLDING HQ – DHERBS HOLDING HQ

“Saya tak rasa saya tutup periuk nasi sesiapa. Saya menyanyi bukan saya dapat ‘show’, keluar radio atau TV. ‘Chill chill’ sudah.

“Kalau nak kata tutup periuk nasi..saya beri contoh, awak punya job saya ‘sailang’, ada ke bukti show awak kena cancel gara-gara saya?” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata lagunya pernah mendapat sambutan sehingga meraih tontonan 24 juta. Tambahnya lagi, setiap orang mempunyai hak untuk berkarya walaupun bukan bergelar anak seni.

“Kalau kau kata lagu saya tak sedap, yang tengok Bobo Di Mana itu sahaja 24 juta. Habis yang tengok tu hantu, toyol?”

“Macam korang nyanyi dan post lagu dekat YouTube, sama sahaja. Cuma bezanya korang tak ada duit, buat video klip biasa-biasa. Saya ada duit, saya bayar production dan pemuzik yang bagus. Meriah, orang ramai tonton. Korang view sendu”.

“Kadang-kadang kita ada zaman, masa zaman ‘tok kaduk’ mungkin kau ‘hot’, bila zaman kau dah tua mungkin kau sendu”

“Jadi bagilah peluang dan juga ruang kepada saya. Bagi saya untuk saya berkarya sekadar hobi dan bukan disiarkan di TV, ia adalah hak semua orang,” katanya.