fbpx

“Kalau Diputarkan Masa, Tak Rasa Nak Ubah Apa Yang Terjadi”

Baru saja menggenggam segulung Ijazah Sarjana, penyanyi Sufian Suhaimi memberitahu kisah kegagalan cintanya sebelum ini tidak memberi kesan kepada pengajiannya meskipun tempoh pengajian terpaksa dilanjutkan lebih setahun. Ujarnya lagi, semua yang berlaku terhadap dirinya ada hikmah disebaliknya.

BACA: “Peminat Sebenarnya Masih Belum Move On”

“Saya tak rasa sebab cinta pelajaran tertangguh, semua yang berlaku ada hikmahnya dan juga ada sebab kenapa saya tak grad on time. Bila dikumpulkan kembali, benda inilah yang membentuk diri saya yang sekarang dan kalau diputarkan masa pun saya tak rasa nak ubah apa yang saya telah lakukan,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Sufian berharap kejayaannya itu dapat menjadi inspirasi buat golongan muda diluar sana untuk berjaya sepertinya kerana tiada yang mustahil untuk berkerja dalam masa sama melanjutkan pelajaran.

“Terima kasih kepada mereka yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah daripada pagi majlis konvokesyen sehinggalah ke hari ini.

“Saya harap apa yang saya dapat ini (Ijazah Sarjana) dapat inspire golongan muda terutamanya peminat dan rakan-rakan artis untuk mengimbangi kerjaya dan pelajaran supaya menjamin masa depan yang cerah,” ujarnya.