“Kalau Bukan Saya Yang Gendong Mulan, Ada Benda Lain Gendong”

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan sebab mengapa dia dilihat mengendong anaknya, Lyla Mulan Teh sepanjang masa ketika bercuti di Janda Baik baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, Atikah berkongsikan suaminya, Datuk Lokman Teh berdepan gangguan ketika jam 4 pagi dimana entiti tersebut menyerupainya untuk mengendong anak mereka.

BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Mandikan Anak Lepas 2 Bulan Bergelar Ibu

“Kalau bukan saya dan pembantu yang gendong, ada ‘yang lain’ gendong. Suami cerita dia kena kacau. Pukul 4 pagi, suami dengar saya cakap dengan dia nak gendong Mulan sambil jalan-jalan keluar.

“Suami pelik sebab tengok jam pukul 4 pagi. tengok-tengok peha suami kena tindih dengan ‘benda’ itu dan ‘benda’ tu nak ambil Mulan. Nasib baik masa saya keluar tandas ‘benda’ tu hilang dan suami boleh bangun,” katanya.

Difahamkan, Atikah berkongsikan insiden berkenaan selepas ada netizen menegurnya tabiat sering mengendong anak akan menjadi kebiasaan anak akan sentiasa mahu didukung.

×