Kini bergelar seorang ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime berkata dia mahukan yang terbaik buat anak perempuannya, Lyla Mulan Teh termasuk perjalanan masa depannya.
Memetik Pa&Ma, Atikah berkata lagi dia sudah mula merancang masa depan anaknya namun dia sedar apa yang dirancang baginya terbaik tidak semestinya terbaik buat anaknya kelak.
BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Mandikan Anak Lepas 2 Bulan Bergelar Ibu
“Kalau boleh Atikah nak control hidup dia. Atikah nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang kenamaan, go to the best school. Kia akan plan macam-macam untuk anak tapi apa yang kita rasa terbaik untuk dia tak semestinya terbaik untuk diri dia.
Sementara itu, semenjak bergelar ibu Atikah berkata dia menyedari bahawa seorang ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak berharap Mulan akan sentiasa menyayanginya sampai bila-bila.
“Saya selalu fikirkan apa yang mak dia buat sampai anak dia marah sangat dekat dia. Saya harap Mulan akan sntiasa sayang saya sampai bila-bila.
“Saya harap dia takkan jadi macam saya dulu yang selalu marah-marah mak saya. Baru saya tahu ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya. Harap-harap dia tak benci saya bila dah besar nanti,” katanya.
SUMBER: Pa&Ma