Penyanyi Dayang Nurfaizah berkata dia sudah lali ditanya mengenai soal jodoh namun tidak terasa hati meskipun sering diajukan soalan berkenaan.

Memetik mStar Online, Dayang berkata sudah pasti dia mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga namun rezeki masih belum berpihak pada dirinya.


BACA: Dayang Nurfaizah Pernah Diejek Suara Macam Itik

Menurut Dayang lagi, sejak usianya 18 tahun lagi sudah ada yang bertanyakan mengenai soal kahwin serta memohon peminat mendoakan agar dia cepat dipertemukan jodoh.

“Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama,” katanya.

“Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya.


Dalam pada itu, Dayang berkata dia mencari seseorang yang memahami serta tidak meletakkan syarat dalam soal jodoh.

“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting… Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni,” katanya.