Umum mengetahui peserta-peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh sudah pun diumumkan dan boleh dikatakan ramai penyanyi bertaraf lagenda turut menyertai pertandingan tersebut termasuklah penyanyi rock, Mus May.

Bagaimanapun, Mus mempunyai sebab tersendiri menyertai pertandingan itu atas tujuan untuk mencari rezeki. Mus turut meminta orang ramai melihat realiti dan hakikat kehidupan dimana dia perlu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.

“Macam biasa ramai yang akan pertikai kenapa taraf ‘lejen’ kena masuk pertandingan. Kita berbalik ke realiti dan hakikat kehidupan. Tujuan utama nak cari rezeki.

“Tak ada terfikir nak bertanding pun. Saya setkan macam setiap minggu ada show jer. Menang kalah tolak tepi dulu. Yang penting saya boleh ke tidak deliver dengan baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mus berkata sudah hampir 34 tahun penglibatannya dalam industri muzik tanah air, kini sudah tiba masanya untuk dia mencuba genre muzik lain selain rock.

Mus turut meminta netizen supaya berhenti untuk berdebat serta mempertikaikan kelayakannya untuk bertanding menerusi Gegar Vaganza.

“Sudah-sudahlah tu buat forum ini tak boleh itu tak boleh. Kalau yang cakap tak layak atau tak boleh masuk bertanding tu. Kalau boleh bagi saya RM10,000 sebulan saya akan duduk diam kat rumah,” katanya.