fbpx

“Kalau Betul Rumah Kena Sita, Saya Tidur Atas Pokok”

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berjanji akan memberikan kenyataan mengenai hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) apabila tiba masa yang sesuai.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Che Ta mendakwa ada beberapa perkara yang dilaporkan media berhubung isu itu tidak tepat dan akan mengeluarkan kenyaaan kelak.

BACA: “Jangan Buka Aib Orang, Kelak Aib Sendiri Bertaburan” – Che Ta

“Kenyataan yang tipu itu saya marah. Kalau mahu sebar aib tidak apa, cuma jangan tabur fitnah sahaja. Ada yang betul, ada yang tidak. Saya tunggu masa sesuai untuk bersuara. Tunggulah kenyataan saya.

“Anda semua belum dengar cerita dari mulut saya lagi. Saya belum keluarkan lagi kenyataan. Tidak apa, sabar. Biar orang buat pahala untuk kita dulu.,” katanya.

Sementara itu, Che Ta menafikan rumahnya di Kota Damansara disita serta mengatakan tidak semua berita yang dikongsikan di media sosial boleh dipercayai.

“Sekarang tinggal dekat rumahlah, dekat mana lagi? Takkan atas pokok pula. Semua komen tidak betul, rumah saya tak kena sita pun. Kalau rumah kena sita, saya tidak tidur di rumah, tidur atas pokok. Sebab itu, semua berita yang keluar dekat media tak boleh percaya pun. Jangan risau, saya okey sahaja.

“Dalam dunia ini, bukan saya sahaja yang Allah uji, betul tak? Saya fikir kalau kita kuat iman, tidak kisahlah dugaan atau cabaran apa yang datang, saya rasa kita boleh sahaja harungi,” katanya.

SUMBER: Kosmo