fbpx

“Kalau Ada Majlis Tunang Atau Nikah, Saya Akan Umumkan…”

Memuat naik gambar mengenakan pakaian ala pengantin, perkongsian usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila menjadi bualan ramai.

Memetik mStar Online, Nabila menjelaskan baju berwarna biru yang digayakan itu adalah untuk penggambaran program Next To Neelofa musim terbaru.

BACA: “Kalau Mereka Tiada Jodoh, Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir” – Nabila

“Tiada sebarang majlis. Semua itu salah faham sahaja. Gambar itu untuk tujuan penggambaran saja. Saya pun tak boleh cerita lanjut tentang program itu dengan terperinci,” katanya.

Sebelum ini, ramai yang salah anggap dengan perkongsiannya itu serta ada yang mengucapkan tahniah kepada Nabila. 

Bagaimanapun, Nabila berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang membuat spekulasi kerana gambar itu juga boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata jika ada berita baik mengenai perkahwin sudah pasti dia akan memberitahu kepada orang ramai.

“Kalau ada majlis tunang atau nikah, saya akan umumkan dengan cara yang betul. Bukan dengan kapsyen tergantung sebegitu,” katanya.