“Kalau Ada Majlis Raikan Frontliners, Saya Sukarela Jadi Pengacara Secara Percuma”
Hampir tiga bulan berjuang penularan COVID-19, umum mengetahui hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana semua sekatan jalan telah ditarik balik dan pihak berkuasa sudah mula mengundurkan diri.
Menerusi Instagram, pengacara Datuk Aznil Nawawi sempat berkongsikan video memaparkan para petugas kesihatan bersorak gembira selepas PKPP diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.
BACA: Pak Nil Sedih Koleksi Baju Melayu Sedondon Dikutuk Netizen
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, para petugas barisan hadapan ini berhak meluahkan rasa gembira dan wajar menerima penghargaan daripada masyarakat selepas bekerja keras bagi menangani krisis COVID-19.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma jika ada majlis untuk meraikan semua wira barisan hadapan.
“Kalau ada majlis meraikan semua wira-wira frontliners, saya volunteer jadi pengacara majlis Free of Charge! Tahniah Malaysia!,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa terharu dan sebak mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan.
Kata netizen hampir tiga bulan lamanya, dikala rakyat bersenang duduk dirumah, mereka mengerah keringat untuk memutuskan rantaian COVID-19. Malah, ramai yang tidak putus mendoakan kesejahteraan para petugas barisan hadapan.
Org mau cash bkn mau tengok muka artis. Lps tu buat muka sememeh engko….lgi stress
xpyh konsert bagai, salur benda2 faedah mcm ebit liew tu baru org respect.
Tu je ke sumbangan ko? Lgi bingit ada hihiks.
Tak payah la boring tengok.. Dah boleh agak dah stail nangis2 emosi apa bagai tu, bosan..
pstu nangis2…
rakyat msia pon terpesona puji melambong gituu fake sgt dgn bedak 2 inchi lalaala
kalau x over mmg xsah ler.. majlis wajib kau meraung meleleh bagai kan sop pengacara outdated ni.
SOP dia ni…buat lawak, terlentuk-letuk mcm poko kelapa, kemut2 muka, lepas tu teran air mata kasi audience terharu, orang pun tepuk….
kita kembali selepas ini. wakakakah
well, aku dah banyak kali dgr citer yg dia ni depan camera lain, belakang camera mcm tutttt.. ramai yg puji Diva AA.. depan camera lain, belakang camera down to earth…
Tuuuutttt apa nya????
Hek eleh.. Klau ada abam2 frontliners yg jambu msti angkut bwk blk umah la tu…
abam x koser nk ngadap baik romen bini kt umah
Jgn susah2 la dah x relavan.
Ramai yang komen dalam ni macam busuk hati. Masalah betul korang ni. Cermin diri tu sikit. Hebat sangat ke sibuk menguktuk dan memperli orang lain. Sudah sudahlah tu. lihat kekeurangan diri sendiri terlebih dahulu.
Nak promote diri yg dah sendu lah tuu…Dia ni hipokrit , depan kamera tunjuk baik padahal …