fbpx

Kaki Kritik Sibuk Kira Dosa Nabila Huda

Merasakan diri terlalu bagus dan tidak mempunyai dosa langsung mungkin menjadi sebab mengapa segelintir warga laman sosial gemar melemparkan hinaan dan juga menilai dosa orang lain.

BACA: Nabila Huda Tertekan Tengok Lakonan Pelakon Baru

Apa yang pasti, gambar perkongsian Nabila Huda ke Maldives baru-baru ini memang cantik namun kerana merasakan diri maksum, terlalu banyak komen yang seakan cuba mengira dosa pelakon wanita berkenaaan.

Bagaimanapun ada yang masih waras dan menasihatkan agar warga laman sosial yang lain melihat diri sendiri terlebih dahulu.

Jika dilihatkan, sukar untuk menghalang jari jemari kaki pengkritik di laman sosial ini untuk terus meletakkan hukum dosa pahala orang lain. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak dan tidak sibuk menimbang pahala orang lain. (rtky/s)