fbpx

Kaka Azraff Sahkan Kini Hamil Empat Bulan

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin yang baru saja bernikah Disember lalu, Kaka Azraff diatas kehamilan anak pertama. Nampaknya desas-desus mengenai perubahan fizikal Kaka terjawab akhirnya.

BACA: Kaka Azraff Sudah Putus Kawan Dengan Juliana Evans

“Alhamdulillah, saya kini berbadan dua dan kandungan ini sudah pun berusia empat bulan. Sebelum mendapat tahu diri ini hamil, saya berasa pelik dan seperti ada yang tidak kena pada badan saya”

“Tak sangka pula apabila membuat ujian kehamilan, keputusannya positif. Perasaan saya bercampur baur. Saya teruja, tetapi pada masa sama berdebar kerana ia sesuatu yang baharu dalam hidup saya dan suami”

Pernah menafikan pertanyaan media baru-baru ini, Kaka menjelaskan tindakannya merahsiakan berita kehamilan itu kerana permintaan keluarga sendiri selain menunggu pengesahan dari doktor terlebih dulu.

“Atas permintaan keluarga, saya tidak berkongsi berita gembira ini, sebelum ini. Lagipun, kandungan masih baharu. Setelah doktor mengesahkan anak dalam kandungan sihat, baru saya yakin untuk berkongsi”

“Lelaki atau perempuan, saya dan suami tak kisah. Asalkan anak yang bakal dilahirkan ini sihat dan sempurna, dapat menjadi anak soleh atau solehah, ia sudah cukup menggembirakan kami,” jelasnya. (rtky/w)