fbpx

Kaka Azraff Nafi Kini Sedang Dilamun Cinta

Gara-gara gambar mesra dengan seorang jejaka di dalam sebuah ruangan pojok hiburan tempatan, ada dakwaan mengatakan Kaka Azraff sedang dilamun cinta. Bagaimanpun, Kaka menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa hubungan itu hanya sekadar kawan biasa.

BACA: Kaka Azraff Berdebar Disentuh Nicholas Saputra

“Kami sudah lama bersahabat. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu. Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana”

“Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung gosip tersebut.

Dalam perkembangan lain, Kaka juga akui sedikit berdebar apabila diberi tanggungjawab membuat persembahan pembukaan didalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-29 bersama penyanyi rap popular, Waris semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pun begitu kerana sudah beberapa kali bergandingan dengan Waris, beliau tidak merasa kekok untuk membuat persembahan bersama. Malah untuk mencari keserasian ketika membuat persembahan juga tiada masalah besar untuk mereka berdua. (rkty/w)