fbpx

Kaka Azraff Akui Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat

Selepas tular beberapa gambar dirinya dirisik, Kaka Azraff mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Adam Azriff. Pasangan itu juga merancang bakal bernikah dalam masa terdekat.

BACA: Kaka Azraff Sudah Bertunang Dengan Usahawan Kafe?

“Memang benar saya sudah dirisik dan Alhamdulillah, majlis ringkas itu berjalan dengan lancar. Majlis itu hanya membabitkan keluarga kami berdua. Insya-Allah, kami bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat”

Selain itu, Kaka turut berkongsi perkenalan beliau bersama Adam sejak setahun lalu dan menyukai sikap positif jejaka itu. Pada masa sama, Kaka bersyukur dipertemukan jodoh dengan Adam.

“Namun butiran lanjut mengenainya dikongsi apabila sampai masanya. Kami sudah berkawan sejak setahun lalu dan sikap positif Adam membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan kami ke peringkat lebih serius”

“Jodoh saya tiba tanpa disangka-sangka, namun saya bersyukur dipertemukan dengan Adam. Sukar untuk saya ungkapkan keistimewaan Adam, biarlah hanya saya yang tahu,” katanya mengenai desas-desus bertunang tempoh hari. (rtky/w)