fbpx

Kak KM Dikecam Selamba Susukan Anak Tanpa Cover Payudara

Sebut sahaja nama Liana Rosli atau lebih kenali sebagai Kak KM, ada sahaja kontroversi terpalit usahawan sensasi itu.

Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

BACA: Netizen Kritik Baju Kak KM, Tak Sesuai Dengan Majlis Akikah

Perkongsian video itu mengundang kecaman ramai netizen kerana tidak memakai ‘nursing cover’ untuk menyusukan anaknya di tempat terbuka.

Dalam pada itu, ramai yang kurang senang dengan penampilannya yang seksi serta tindakannya itu membuatkan terdedah bahagian tidak sepatutnya ketika menyusukan anaknya.

Bagaimanapun, ruangan komen video berkenaan telah pun ditutup mungkin kerana menerima kecaman hebat daripada netizen.

Baru-baru ini, Kak KM mengadakan majlis akikah anak keempatnya selepas dua bulan kelahiran. Bagaimanapun, penampilan Kak KM pada majlis tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.