fbpx

Kak KM Buat Drop Challenge, Menonggeng Depan Kawan Suami

Belum reda lagi video menyusukan anaknya di sebuah restoran, perkongsian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM sekali lagi mengundang kecaman ramai.

Baru-baru ini, Kak KM ada memuat naik videonya melakukan drop challenge. Menerusi video tersebut, Kak KM dilihat mencangkung di hadapan rakan-rakan suaminya.

BACA: Kak KM Dikecam Selamba Susukan Anak Tanpa Cover Payudara

Video dikongsikannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen serta menyifatkan tindakannya itu dilihat agak melampau dan seolah tidak menjaga batas sebagai seorang wanita.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan suami Kak KM yang didakwa tiada perasan melihat isterinya berbuat demikian di hadapan lelaki lain.

“Suami tak rasa apa ke”

“Kawan-kawan suami pun tengokkan je..Allah. No komen lebih takut”

“Macam Syial je”

“Kesian kak km ni”

“Semoga diberi hidayah”

“Semoga kakak sekeluarga diberi hidayah” komen netizen

Dalam pada itu, ada yang memberikan komen nasihat serta mendoakan agar usahawan itu diberikan hidayah. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.