fbpx

KAJIAN: Ibu Garang Rahsia Anak Perempuan Berjaya

Bukan mudah untuk bergelar ibu bapa kerana diberi tanggungjawab besar untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

Sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak sangat penting dan untuk menentukan masa depan yang cerah dan berjaya. Anak akan lebih rapat dengan ibu kerana ibu lebih menguruskan keluarga berbanding bapa.

Ramai ibu tidak sedar bahawa sikap mereka boleh menjejaskan pertumbuhan anak-anak dan masa depan mereka, terutama sekali dalam membesarkan anak perempuan.

Menurut satu kajian, ibu yang tegas yang boleh mendorong anak perempuannya untuk berjaya dalam akademik dan dalam kehidupan. Kajian dijalankan pada tahun 2004 hingga 2010, di mana saintis mengkaji 15,500 kanak-kanak berumur 13-14 tahun.

Dari kajian itu, hasil mendedahkan anak perempuan yang dibesarkan oleh ibu yang tegas dan garang boleh mendapat pekerjaan yang baik.

Ibu yang tegas dan sentiasa mengambil berat dapat mengelakkan anak perempuan terjebak dengan seks sebelum berkahwin dan hamil di usia muda.