fbpx

Kajian: Berkahwin Buatkan Anda Panjang Umur

Ramai anak muda sekarang membuat keputusan untuk tidak berkahwin dek kerana kos hidup yang tinggi dan tidak mempunyai wang simpanan.

Namun, kajian terbaru mendedahkan, berkahwin adalah kunci untuk hidup yang lebih sihat dan panjang umur.

Mereka yang tidak berkahwin terdedah dengan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol dan diabetes.

Mereka yang berkahwin mampu melawan penyakit tersebut berbanding mereka yang tidak berkahwin. Ini kerana sokongan dan bantuan dari orang yang dicintai mampu membuatkan seseorang itu tidak mudah berputus asa untuk terus hidup.

Berbanding mereka yang tidak berkahwin, mereka lebih mudah putus asa kerana tiada sokongan dari orang yang tersayang terutamanya pasangan hidup.

Penyelidikan baru ini juga menyokong beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang menderita serangan jantung mempunyai tahap ketahanan hidup lebih tinggi jika mereka sudah berkahwin. (rtky/f)