fbpx

“Kain Tudungnya Mungkin Murah, Tapi Maruahnya Mahal”

Baru-baru ini, menerusi Instagram, Pencetus Ummah Amin berkongsikan kepada netizen kisah seorang wanita yang syahid kerana mempertahankan hijab diatas kepalanya biarpun nyawanya diancam.

Perkongsian tersebut ternyata membuka mata orang ramai dimana kisah tersebut menggambarkan tingginya ketakwaan wanita itu yang sanggup sakit ditembak zionis Israel daripada diseksa Allah dalam neraka kerana mambuka hijab.

BACA: “Tudung Itu Mahal Harganya Di Akhir Zaman” – PU Amin

“Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

1. Kaum yang membawa tali seperti ekor lembu yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).

2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar boggol unta (atau wanita tidak bertudung ) . Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan (Riwayat Muslim),” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan perkongsian oleh PU Amin itu menimbulkan keinsafan untuk terus istiqamah dalam berhijab dan dapat dijadikan pengajaran kepada semua.