fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof apabila pengarah itu didakwa sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar.

Meskipun, pelbagai pendedahan dan kenyataan dikeluarkan oleh Puteri Sarah dan ibu Syamsul, namun tiada lagi respon daripada pengarah terkenal itu.

BACA: “Restu Ibu Bapa Itu Penting, Untuk Doa Berterusan” – Ibu Syamsul Yusof

Memetik Harian Metro, Syamsul hanya membalas dengan emoji ketawa apabila ditanya mengenai spekulasi dia sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Malah, Syamsul turut berdiam diri walaupun ditanya mengenai pembikinan filem terbarunya, The Original Gangster serta pertanyaan mengenai harapan dan azam tahun baharunya untuk 2023.

Sementara itu, menerusi Insta Story, Syamsul ada memuat naik video memaparkan seorang lelaki memandu laju sebuah kereta mewah yang mungkin salah satu pemikinan babak filem terbaharunya.

Semalam, hangat diperkatakan apabila perkongsian pelakon Puteri Sarah seakan memberi bayangan suaminya sudah berkahwin dengan Ira.