fbpx

Hari ini, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof apabila perkongsian aktres itu di Insta Story menimbulkan tanda netizen.

Menerusi perkongsian itu, ada individu menghantar mesej kepada Puteri Sarah mendakwa suaminya sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar. Namun, Sarah mengatakan dia tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara tersebut.

BACA: Puteri Sarah Terima Mesej Dakwa Suami Dah Nikah Dengan Ira Kazar?

Sementara itu, ibu kepada Syamsul Yusof dilihat memuat naik gambar perkahwinan anak lelakinya itu dengan mengatakan bahawa perkahwinan pasangan tersebut mendapat restu sepenuhnya dari orang tua.

Malah, Datin Fatimah Ismail turut memuat naik gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah serta memberitahu Syamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai permaisurinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Perkongsian isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa jika seorang ibu itu tidak reda dengan pernikahan anak, ianya tidak akan berkekalan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu daripada ibu bapa serta mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.