fbpx

“Kadang Rasa Diri Macam Lego Bila Orang Sibuk Jodohkan Saya”

Pelawak Shuib Sepahtu menganggap dirinya seperti alat mainan Lego apabila sering dikaitkan dengan ramai wanita sejak pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Tidak mampu menutup mulut orang atas apa yang berlaku, Shuib bagaimanapun berharap orang ramai tidak memperkatakan secara berlebihan kerana dia tidak mampu meramal masa depan.

BACA: Netizen Minta Henti Tanya Shuib Soal Kahwin

“Saya tidak boleh tutup mulut orang bercakap pasal saya… Mungkin orang di luar sana mengambil berat.

“Selepas hampir enam bulan Sarah pergi, orang sudah mula beralih kepada cerita kahwin. Saya tidak boleh halang orang daripada bercerita pasal kahwin, tetapi janganlah berlebihan cakap benda yang saya tidak tahu bagaimana (masa depan).

“Kadang-kala rasa diri seperti Lego apabila orang sibuk menjodohkan saya dengan beberapa wanita,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi netizen yang mahu menjodohkannya dengan Siti Nordiana, Shuib mengakui terkejut apatah lagi dia tidak pernah mempunyai nombor telefon penyanyi itu.

Malah, bapa kepada empat cahaya mata itu juga terkejut apabila turut diakitkan adik kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani.

“Saya sangat terkejut apabila dikaitkan dengan Siti Nordiana. Kami pernah berjumpa dua kali dalam program hiburan. Saya tidak pernah menghubungi atau memiliki nombor telefonnya.

“Mengenai Hazwani pula, saya tidak pernah berjumpanya. Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?” katanya.

Terdahulu, Shuib mengakui sedang mengenali wanita lain. Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.